rahmadzi@yahoo.com

PERSATUAN SAINS PERTANIAN
Kem Ikhtiar Hidup 2012
dengan kerjasama
Koperasi Sekolah
Sekolah Model Khas Redang Panjang



SLOT 1 dan 2

Peserta mula melapor diri jam 8.00 pagi dan selesai jam 8.30 pagi. Pendaftaran diuruskan oleh Cik Nadila dan Cik Umi kalsum, seramai 31 peseta melapor diri yang terdiri 11 orang peserta lelaki dan 20 orang peserta perempuan. Peserta dikumpulkan ditapak perhimpunan untuk taklimat keselamatan disampaikan oleh En Rahim b Ahmad. Peserta manjalani latihan kawad.


SLOT 3

Pengagihan bekalan makanan individu dan kumpulan diselesaikan oleh En Mazlan b Junus dibantu oleh En Razali ,cik nadila dan Cik Umi Kalsum. Sebanyak 31 set makanan individu disediakan dan 6 set makanan berkumpulan. Bekalan ini adalah untuk sepanjang tempoh iaitu sehingga esok pagi. Makanan yang dibekalkan memenuhi keperluan nutrien yang diperlukan oleh peserta untnk menjalankan aktiviti.


SLOT 4


Peserta diberi kemahiran mengikat mata kail dan mencari umpan seterusnya memancing ikan di parit yang telah disediakan. Kebanyakkan peserta biasa memancing tetapi tidak mempunyai teknik ikatan yang betul. Kemudian peserta di ajar memegang ikan dengan cara yang betul. Disampaikan oleh En Izham B abu Bakar.

Kolam khas disediakan untuk aktiviti menangkap ikan menggunakan tangan, yang kedalaman air paras tumit kaki yang sememangnya sesuai untuk menangkap ikan menggunakan tangan.

Peserta tidak sabar untuk melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan tangan. Joom kita menyahut cabaran ini. Peserta lelaki dan peserta perempuan berjaya mencapai misi iaitu menangkap ikan menggunakan tangan. Syabassss.



SLOT 5


Jom sembahyang! Peserta khusyuk mendengar kuliah cara dan kaedah sembahyang dalam keadaan yang kotor berlumpur. TIDAK ADA ALASAN UNTUK TIDAK SEMBAHYANG. Disampaikan oleh Utz Fazizul Rahman B hj Salleh.


SLOT 6

Perutku minta diisi............ sampainya masa peserta memasak sendiri hasil tangkapan yang diperolehi dan dari bekalan yang telah disediakan. Diselia oleh En Rahifun B Md Isa.



Peserta menikmati juadah yang berjaya disediakan mengikut kumpulan masing-masing dan akhirnya perutku berjaya diisi dengan kepuasan.

SLOT 7


Solat magrib diimamkan oleh En Mazlan B Junus manakala solat subuh diimamkan oleh utz Ahmad Baktier B Muslim. Beliau juga menyampaikan kuliah subuh dan ibadah ini diadakan di tempat terbuka.

SLOT 8

Peserta dapat tidur dengan nyenyak diulit bintang walaupun sejuk dan berembun kerana tidur ditempat terbuka. Ini disebabkan oleh keletihan seharian telah bertungkus lumus mengharungi cabaran yang disediakan oleh penganjur. Peserta lelaki diselia oleh En Rahim B Ahmad dibantu oleh En Razali B Abdullah manakala perserta perempuan diselia oleh Cik Nadila dan Cik Umi Kalsum.

SLOT 9


Riadah untuk menyihatkan badan dan kesegaran tubuh dengan persekitaran yang suasananya di kebun yang memberi seribu ketenangan. Peserta di beri pengalaman sebenar mengusahakan kebun secara tradisional dan juga moden. Disampaikan Oleh En Rahim B Ahmad.

SLOT 10


Penilaian perkhemahan dikendalikan oleh Pn Mas Ayu Bt Muhammad Nor iaitu Kaunselor SMKRP. Beliau juga memberi perangsang dan motivasi kepada peserta akan pentingnya menghadiri aktiviti luar bilik darjah.

SLOT 11


Peserta menikmati hidangan yang telah disediakan oleh jurulatih supaya peserta dapat mensyukuri nikmat dari Nya iaitu ALLAH.

SLOT 12



Peserta bersiap sedia untuk meninggalkan perkhemahan dengan keletihan namun kejayaan mengharungi cabaran memberi suntikan semangat untuk terus berjuang. Insyaallah.

Penutup Bersyukur kehadrat Ilahi atas rahmatNya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telibat terutamanya jurulatih dan ajk secara langsung atau tidak langsung atas sumbangan yang telah diberikan. Terimakasih juga diucapkan kepada Pn Nurul Iman atas sumbangan sarapan pagi. Syabas diucapkan kepada semua peserta kerana berjaya menghadapi cabaran sepanjang kem ini dan Tahniah kerana terpilih menjadi urusetia dan penganjur untuk kem akan datang.

Disediakan oleh,

Rahim B Ahmad
KETUA PANITIA SAINS PERTANIAN






PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PRO WEBMASTER
TERHADAP KE SESUATU INSTITUSI

(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)

�2012 Hakcipta Rahmadzi Abdullah
Anda dibenarkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu kebenaran.
Sebarang masalah yang timbul akibat dari laman wep ini,
pihak webmaster tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa yang berlaku terhadap anda.