rahmadzi@yahoo.com

PERSATUAN SAINS TULIN
Laporan Julai 2012



PENGENALAN
Asas kimia (basic chemtry) amat penting bagi memastikan para pelajar aliran sains tulen dapat memahami kimia secara holistic. Asas ini perlu diterapkan kepada pelajar untuk memahami kimia dengan lebih baik. Namun begitu kebanyakkan pelajar sains tulen tidak dapat menguasai asas kimia ini. Oleh itu, pelajar sains tulen juga tidak dapat menguasai mata pelajaran kimia. menyedari hal ini, pihak panitia kimia telah merancang dan melaksanakan Bengkel �Basic Chemistry�. Bengkel ini diadakan pada 5 Mei 2012 iaitu pada hari sabtu bertempat di Sekolah Model Khas Redang Panjang bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengah hari. Bengkel ini bertujuan memantapkan penguasaan asas kimia pelajar tingkatan 4 sains dan 5 sains. Bengkel ini telah disertai oleh 20 orang peljar tingkatan 4 dan 19 orang peljar tingkatan 5 sains Sekolah Model Khas Redang Panjang. 4 orang pelajar dari tingkatan 5 sains telah dilantik sebagai fasilitator di bawah bimbingan En. Rohizan dan Cik Mardhiana.


Aktiviti-aktiviti


Sesi pendaftaran para peserta yang bermula jam 8.00 pagi bertempat di kantin sekolah.
Pelajar di bekalkan dengan modul semasa sesi pendaftaran.




Sebahagian peserta yang terlibat dalam Bengkel Basic Chemistry





Para peserta bengkel mendengar taklimat yang di sampaikan oleh En.Rohizan. Semasa sesi taklimat ini,
peserta di bahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan di ketuai oleh seorang mentor yang telah di latih.



Mentor setiap kumpulan membantu dan membimbing ahli kumpulan bagi memahami topik serta menyiapkan modul.
















Sesi perbincangan dalam kumpulan. Para peserta berbincang dengan mentor dan ahli kumpulan masing-masing.













Setelah selesai sesi perbincangan bersama mentor dan ahli kumpulan masing-masing, para peserta di uji dengan soalan ujian.



Penutup
Secara keseluruhannya, Bengkel �Basic Chemistry� ini memperlihatkan impak positif kepada pelajar. Pelajar juga member kerjasama yang baik sepanjang program dijalankan. Melalui aktiviti perbincangan dalam kumpulan dilihat dapat memupuk sikap kerjasama dan saling tolong menolong antara fasilitator yang dilantik serta antara ahli-ahli kumpulan. Aktiviti ini juda dilihat dapat melatih fasilitator menjadi mentor atau pembimbing kepada rakan sebaya serta dapat meningkatkan kenyakinan diri mereka. Selain itu, program ini juga Berjaya meningkatkan kefahaman asas kimia pelajar serta secara tidak langsung dapat meningkatkan minat belajar kepada pelajar. Walaupun program ini dijalankan selama satu hari, namun respon yang diterima daripada rata-rata pelajar sangat memberangsangkan dan mereka berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Bengkel �Basic Chemistry� ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Puan Hjh Che Gayah, pengetua Sekolah Model Khas Redang Panjang dan semua guru yang terlibat dalam menjayakan program ini. Kerjasama yang diberikan sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

(Mardhiana binti Md Zakaria)
Setiausaha Bengkel Basic Chemistry







PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PRO WEBMASTER
TERHADAP KE SESUATU INSTITUSI

(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)

@2012 Hakcipta Rahmadzi Abdullah
Anda dibenarkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu kebenaran.
Sebarang masalah yang timbul akibat dari laman wep ini,
pihak webmaster tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa yang berlaku terhadap anda.